Friday, April 26, 2013

Matrik vs Asasi vs STPM vs Diploma ?? Mana patut aku pilih ?



Assalamualaikum dan Hi :)

Post aku kali adalah untuk lepasan SPM seperti aku . Dan maaf , aku terpaksa tunda post pasal zaman persekolahan aku ni . hehe . okay . lets proceed . now ramai lepasan SPM yang pening , dilemma dan demam pasal nak pilih tawaran yang korang dapat . Aku pula dapat tawaran form 6 dan tak dapat tawaran untuk ke matrik . Agak terkilan jugak sebenarnya . Mana tidaknya , aku sorang dalam kelas (budak pompuan) dapat form 6 . sedih tak sedih an ? pastu ramai pulak kawan-2 aku dapat matrik kat perlis . hmm . okay . aku macam broken kejap . Okay . now , aku akan beritahu korang sedikit sebanyak tentang matrik , asasi , stpm dan diploma ni . hehehe xD

#Matrik

Program matrikulasi KPM ni terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) . Bezanya hanya tempoh pengajian sahaja . Matrik mempunyai 4 jurusan iaitu sains fizikal , sains hayat , tenikal dan perakaunan . Siapa kata matrik ni susah ? Matrik ni susah kalau tak belajar betul-2 , bak kata abng saudara aku . Ni aku nak cerita , abng saudara aku memang survive gila-2 bila masuk matrik dan akhirnya dia berjaya dapat 4 flat dan sekarang tengah buat ijazah kedoktoran kat UPM . okay . Betul kea kalau tak dapat pointer bagus akan dicampak ke course lelong . hmm . yang tuu aku tak berapa pasti sangat . surely , kalau korang cemerlang , memang senang nak pilih dan sambung ke ijazah . 


#Asasi

Asasi ni aku tak berapa tahu sangat . Asasi seperti matrik jugak tapi diuruskan oleh universiti di bawah Kementerian  Pengajian Tinggi (KPT) . Asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa 1 hingga 2 tahun . Sukatan pelajaran asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut . Antara asasi yang aku tahu adalah #AsasiSains #AsasiTesl #AsasiUndang-Undang #AsasiKejuteraan .


#STPM 

Dapat je tawaran form 6 ni , dah cakap tak mahu . Ada segelintir pelajar yang menganggapan bahawa form 6 ni adalah last choice dan malu sebab kena pakai baju sekolah balik . Itu adalah tidak benar sama sekali . Diulangi Tidak Benar (yg pasal last choice lahh) . STPM sekarang sudah dinaik taraf . Walaupun pelajar STPM mengambil 4 subjek JEA tapi pernahkah anda berfikir dalam 1 subjek ad 2 atau 3 kertas . Aku pun tak dapat bayangkan . Tempoh pengajiannya singkat iaitu 1 tahun setengah  dan pembelajarannya sukar dan compact . STPM akan sentiasa didahului berbanding matrik . Kalau pelajar STPM jurusan sains , korang dapat pointer 2.75 pun korang dah boleh kalahkan matrik pointer 3.2-3.4 . Dan STPM ni  dikatakan peperiksaan top 5 sukar di dunia . tak percaya . hmmm . 

Perhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh .

Ada banyak kelebihan STPM ni :
  1. STPM diiktiraf di universiti serata dunia .
  2. Sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan ataupun swasta .
  3. Kiraan pointer STPM hanya dibahagi 4 jea . Pointer nak masuk universiti pun rendah berbanding matrik , diploma dan sebagainya , sebab taraf akademik dah nak sama dengan universiti dah . Sebab time belajar untuk STPM susah !
  4. STPM ni jugak senang sambung ke ijazah kalau keputusan cemerlang . 

#Diploma

Diploma ni tempoh pengajiannya 3 tahun dan kalau struggle betul-2 tempoh pengajian kurang . Walaupun tempoh pengajian agak lama tapi pembelajarannya tak terlalu compact dan boleh dikatakan agak relax . Diploma dikatakan lebih pratikal dari asasi , matrik , form 6 dan lain-2 . Untuk sambung ke ijazah hanya 2 tahun dan pointer mestilah 3.0 ke atas . Sijil diploma boleh digunakan untuk mendapat kerja berbanding matrik dan asasi . 

 Baiklah . Manakah yang patut aku pilih ? Tepuk dada tanya selera . Ikut kemampuan kita . Lebih baik korang berbincang dengan parents dan bertanya pada cikgu korang . Kalau dah tak tahu sangat nak pilih yang mana , buatlah solat istikharah . InsyaAllah , Allah akan permudahkannya dan ingatlah Allah adalah perancang yang terhebat .

Ni siapa nak tahu tentang --> Solat Istikharah :)

P/S : Jika salah maklumat harap dimaafkan . Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari aku sendiri :) Harap korang memanfaatkan post aku kali ni :) Assalamualaikum :D



Penulis blog ni ,     

No comments:

Post a Comment