Tuesday, April 30, 2013

Lapar ke Tak Lapar ?? hahaaha .



Assalamualaikum dan Hi :)

Hari ni aku nak cerita pasal makanan . hoho . Aku seorang yang penggemar western food . Aku tak tahu kenapa . Hehee . So , aku nak cerita ni , pagi kemarin kereta mak aku tiba-tiba rosak(saja nak buat gimik pagi-2 tuu) , nasib baiklah sempat sampai ke sekolah adik aku , kalau tak memang penatlah adik aku kena jalan kaki . haha . Aku dengan mak aku terpaksa tunggu 30 minit di sekolah , tiba-tiba , cikgu kesayangan 'kami' datang , dia tanya kenapa ni , so , blablablabla . Nampak tak dia ambil berat di situ . cewahh . btw , hanya orang-orang tertentu jea tahu siapakah gerangan cikgu kesayangan tuu . haha . Dan setelah bantuan tiba, aku dan mak aku pulang ke rumah . Actually , aku nak belanja mak aku makan pagi tuu tapi disebabkan kereta kesayangankuuu rosak, harapanku musnah . ceehh ayatt . haha . So , dengan kerajinan yang tinggi serta kelaparan yang membuak-buak aku pun masak spaghetti ala-ala bolognese with meatballs . Mesti ramai yang dah telan air liur kan ? hahaha . Terliur lahh korang semua . hehe .


Sila Jealous :) hehehe


Okay , puan-2 dan tuan-2 , hari ni aku akan bagi recipe kepada uolls semua . hehe . Cepat siapkan pen berserta note book . ahha . Lets start :)

Bahan-bahannya :
Aku guna Spaghetti jenis Arbella .

  1. 2 ulas bawang besar 
  2. Sebiji Carrot
  3. Dagging cincang (aku guna jenis ramly)
  4. 5 biji tomato
  5. 3 keping keju
  6. Minyak 
  7. Garam dan gula
  8. Sos tomato puri (yang dalam tin tuu)
  9. Serbuk Oregano 
  10. Meatballs yang sudah siap (boleh didapati di pasar raya)
  11. Spaghetti
Cara membuatnya :
  1. Bawang besar , carrot , dan tomato dicincang dadu .
  2. Panaskan air untuk merebus spaghetti , dan tuangkan sedikit minyak supaya ia tidak melekat antara satu sama lain . Kemudian , toskan.

    Apabila sudah ditoskan.

  3. Masukkan minyak ke dalam kuali dan apabila minyak sudah panas , masukkan bawang besar yang dipotong dadu itu . Tumis bawang besar itu sehingga kekuningan .
  4. Kemudian , masukkan carrot yang dipotong dadu dan daging cincang tersebut . Tumis sehingga masak .
  5. Selepas itu , masukkan sos tomato puri serta tomato yang dicincang dadu dan masukkan garam dan gula secukup rasa .
  6. Akhir sekali , masukkan meatballs yang dibeli ke dalam kuali , tunggu sehingga ia masak dan masukkan keju serta oregano .
Look delicious kan ? 
Dan hidangkannya di atas pinggang yang cantik gituuu . hehe . kalau nak  menabur sedikit keju diatasnya pun bolehhh :)


Ni first take :)
Ni second take :)
haha . Dua kali aku makan spaghetti ni . Biasa orang lapar . hehe . Alhamdulillah . Korang boleh mencubanya . Kalau dah buat kasi hantar rumah aku lahh . cewahh .

Licin tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuu xD
P/S : Kalau korang nak tambah bawang ke , keju kea , tomato kea , carrot kea or pape jea . Ikut suka hari korang :) hehe . Recipe yang simple dan mudah disediakan . Selamat mencuba . xoxo





Penulis blog ni   , 

No comments:

Post a Comment